Friday, 1 November 2013

Rahsia Untuk Berjaya

Saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai bagaimana kita mahu berjaya. Saya bukanlah seorang profesor (bakal mungkin), tapi hanyalah seorang pelajar Fakulti Perakaunan di Universiti Teknologi MARA. Rekod pengajian saya setakat ini berjaya mendapat Anugerah Dekan untuk setiap semester. Dan dengan rendah diri, saya akui saya hanyalah insan biasa yang melakukan kesilapan.

Namun, ramai rakan-rakan bertanyakan rahsia kejayaan saya. JAWAPAN saya mudah, ianya berkait dengan banyak aspek dalam menguruskan kehidupan.

1. TEPATI MASA / KEDATANGAN KE KELAS
Saya ingin berkongsi mengenai aspek kehidupan yang saya maksudkan. Sepanjang pengajian saya, jarang sekali saya lewat ke kelas. Berani saya katakan secara keseluruhannya, saya akan sampai dulu ke kelas sebelum pensyarah. Mungkin sekali-sekala saya terlewat, tapi itu pun bersebab. Jika saya terlewat disebabkan hal yang tak dapat dielakkan, saya akan memaklumkan kepada pensyarah terlebih dahulu. Menyentuh soal kedatangan ke kelas, boleh katakan kedatangan saya adalah 100% ke kelas. SIFAR PONTENG!!  Jika saya tak datang ke kelas, ia disebabkan oleh MASALAH KESIHATAN - CUTI SAKIT (MC), URUSAN KELUARGA yang penting @ lain-lain hal yang tak dapat dielakkan.

2. HUBUNGAN DENGAN PENSYARAH
Di sini, hubungan dengan pensyarah bermaksud kita TIDAK perlu MEMBODEK PENSYARAH. Sebaliknya memadai dengan menghormati mereka, melakukan kerja yang diberikan dengan sempurna dan jangan sesekali melukakan hati mereka. Untuk diri saya, boleh dikatakan bahawa semua pensyarah yang mengajar saya mengenali saya (mereka ingat nama saya) & mereka kenal saya walaupun telah mengajar saya untuk beberapa semester yang lepas.
Anda WAJIB untuk meminta maaf andai pernah melukakan hati mereka. Benar, sebagai insan biasa, kadang-kadang mungkin kita anda terkasar bahasa, terlanjur bicara.
Namun, bijak bestari berkata "HATI SEORANG BODOH ADA DIMULUTNYA, TETAPI MULUT SEORANG BIJAKSANA ADA DIHATINYA" (Benjamin Franklin)

3. JUJUR DALAM PEPERIKSAAN
Ini merupakan faktor terpenting untuk berjaya. Tidak ada gunanya jika kita berjaya hasil daripada proses tiru-meniru, mendapat 'soalan bocor' dan lain-lain yang menyalahi peraturan.
Sepanjang saya menyambung pengajian di universiti, saya TIDAK PERNAH meniru dalam ujian atau peperiksaan. Saya tidak pernah bertanya kepada kawan soalan apa yang keluar, jika dia dah menjawab ujian tersebut (sebab kadang-kadang soalan sama semasa ujian, tapi dijawab mengikut waktu subjek masing-masing).
Dan saya tegaskan di sini, saya cukup benci orang yang meniru dalam peperiksaan.
Hal ini kerana ia tidak adil kepada pelajar yang jujur dalam peperiksaan. Bayangkan pelajar yang bijak serta jujur, menjawab berdasarkan pengetahuan yang ada, tetapi mendapat markah yang sama dengan pelajar yang bodoh, tapi meniru dalam peperiksaan.
Adakah ini ADIL???????
Jawapannya adalah TIDAK ADIL sama sekali....

bersambung....

No comments:

Post a Comment