Saya tertarik untuk berbicara mengenai Lembah Silikon atau dikenali sebagai Silicon Valley yang terletak di San Francisco Bay Area, California, Amerika Syarikat. Gelaran Lembah Silikon diberikan kerana daerah ini memiliki banyak perusahaan yang bergerak dalam bidang komputer dan semikonduktor. Daerahnya termasuk San Jose, Santa Clara, Sunnyvale, Palo Alto, dll.
Sekarang terdapat
pelbagai perusahaan-perusahaan yang menghuni Lembah Silikon, antaranya adalah Adobe Systems, Apple Computer, Cisco Systems,
eBay, Google, Hewlett-Packard, Intel, dan Yahoo!.
Turut ditempatkan
di Lembah Silikon ini adalah ibu pejabat Facebook dan Twitter. Jika di Malaysia, pusat teknologi yang
dibangunkan ialah Multimedia Super Corridor atau lebih dikenali dengan
panggilan MSC. Saya pasti akan mengunjungi Lembah Silikon di California ini beberapa
tahun lagi.
No comments:
Post a Comment