saya ingin berkongsi sedikit pengalaman..
kebiasaannya apabila saya berjanji utk bertemu rakan / kawan, sy akan sampai dulu drp mereka.
sebagai contoh, kami berjanji nak jumpa pukul 9 pagi, jadi 5 @ 10 minit sebelum pukul 9 saya dah sampai. berbeza dgn kawan sy, pukul 9.15 baru nampak muka. saya tekankan di sini mengenai kepentingan menepati masa. bagi saya tiada alasan kenapa kita boleh lewat..
sebagai contoh, seorang akauntan datang lambat ke pejabat.. kenapa?
adakah kerana dia hantar anak ke sekolah?
adakah orang yang datang awal tiada anak?
adakah disebabkan jalan sesak?
ATAU
yang sebenarnya adalah SIKAP / ATTITUDE kita..
kalau sejak kecil, kita didik diri kita sentiasa datang awal ke mana sahaja, maka tiada masalah untuk kita menepati masa..
No comments:
Post a Comment