Saya bukanlah peminat fanatik artis-artis dari korea selatan. tapi saya juga mengikuti perkembangan semasa dari jauh sahaja...
Saya ada membaca berita mengenai artis dari anggota kumpulan Girls' Generation iaitu Yoona. Laporan akhbar menyatakan bahawa Yoona diangkat sebagai artis wanita yang berwajah cantik asli dan tidak memerlukan sebarang pembedahan kosmetik untuk lebih jelita.
Saya memetik tinjauan yang dibuat di portal hiburan DC Inside, Yoona mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 1659 daripada 4005 undian, diikuti aktres Park Shin Hye (1253 undian) dan Sung Yuri (143 undian).
p/s : bagi saya tidak salah untuk menjadi peminat kepada mana-mana artis, tapi janganlah terlalu TAKSUB & FANATIK terhadap artis. jangan sampai semua yang artis buat, kita nak ikut. semua yang artis pakai kita nak pakai.
kita perlu ada jati diri sebagai seorang manusia yang berprinsip & berwawasan.
No comments:
Post a Comment