Saturday 26 October 2013

Banteras Rokok Seludup!!

Saya ingin berkongsi pandangan mengenai kegiatan rokok seludup di Malaysia. Tahukah anda bahawa setiap pembelian rokok seludup menyumbang kepada kumpulan kongsi gelap?
Ini didedahkan oleh penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim bahawa 50% daripada harga rokok seludup adalah keuntungan yang diperoleh oleh kumpulan kongsi gelap.
Saya mengandaikan bahawa harga sekotak rokok seludup ialah RM5. Jadi, RM2.50 adalah keuntungan yang diperoleh oleh kumpulan kongsi gelap untuk SEKOTAK ROKOK.

Persoalannya, berapa jumlah rokok seludup memasuki negara? Saya mengandaikan jumlah minimumnya ialah 1 JUTA KOTAK.
1 juta kotak rokok seludup darab RM2.50 (keuntungan per kotak) ialah RM 2.5 Juta.
(1,000,000 X RM2.50 = RM 2,500,000)

Jadi, pembeli rokok seludup telah menyumbang berjuta-juta sebulan kepada kumpulan kongsi gelap. Apa yang mereka buat dengan keuntungan tersebut?
Jawapannya ialah ia digunakan untuk membiayai kegiatan jenayah.
Sayangnya ramai yang tidak tahu rokok seludup adalah sebahagian daripada sindiket jenayah terancang secara global dan di Malaysia.

Jadi kalau anda selama ini menghisap rokok seludup, fikir-fikirkanlah balik mengenai tindakan anda. Sudahlah rokok seludup ini lebih berbahaya daripada segi kesihatan berbanding rokok sah, ia juga turut menyumbang kepada jenayah dan kejatuhan sosial masyarakat kita. Lagi banyak rokok seludup dijual, lagi tinggilah kadar jenayah yang akan berlaku di Malaysia. Adakah anda ingin menjadi salah seorang penyumbang kepada perkara ini?
FIKIR-FIKIRKANLAH...

-Amir Zakwan-

No comments:

Post a Comment