Wednesday, 30 October 2013

Silicon Valley



Saya tertarik untuk berbicara mengenai Lembah Silikon atau dikenali sebagai Silicon Valley yang terletak di San Francisco Bay Area, California, Amerika Syarikat. Gelaran Lembah Silikon diberikan kerana daerah ini memiliki banyak perusahaan yang bergerak dalam bidang komputer dan semikonduktor. Daerahnya termasuk San Jose, Santa Clara, Sunnyvale, Palo Alto, dll.
Sekarang terdapat pelbagai perusahaan-perusahaan yang  menghuni Lembah Silikon, antaranya adalah  Adobe Systems, Apple Computer, Cisco Systems, eBay, Google, Hewlett-Packard, Intel, dan Yahoo!.
Turut ditempatkan di Lembah Silikon ini adalah ibu pejabat Facebook dan Twitter.  Jika di Malaysia, pusat teknologi yang dibangunkan ialah Multimedia Super Corridor atau lebih dikenali dengan panggilan MSC. Saya pasti akan mengunjungi Lembah Silikon di California ini beberapa tahun lagi.


Tuesday, 29 October 2013

MALAYSIA CUP FINAL: No go for numbered seats

DESPITE promising the implementation of numbered seats ticketing system for priority matches in June, the FA of Malaysia (FAM) will not do so for the Malaysia Cup final at Shah Alam Stadium on Sunday due to logistical issues.
FAM ticketing and gates chairman Datuk S. Sivasundaram said a study will be conducted before the system is implemented in the M-League.
"We are serious about it but we need to look into the pros and cons before making a decision," said Sivasundaram yesterday.
The idea of introducing numbered seats to avoid overcrowding in stadiums was mooted by the Kelantan FA during the FA Cup final organising committee meeting in June.
The national body was receptive then and had wanted to implement it for the Malaysia Cup final.
Meanwhile, Kelantan and Pahang have been allocated 30,000 tickets each for Sunday's final while the remaining 15,000, not including complimentary tickets, will go on sale at the venue tomorrow.
Tickets are priced at RM40 for adults and RM5 for children below 12.
Enforcement officers, totaling 2,155, will be stationed outside and inside the stadium while fans must go through three security checks before entering the stadium.
"Fans will be frisked in front of four stadium entry points and those found with illegal objects and flares will be arrested immediately.
"We will station 25 personnel at each gate to screen tickets with ultra violet light. Those with fake tickets will be arrested.
"Fans will go through a third security check after passing the entry gates before getting to their seats. We will do our best to stop fans from bringing in illegal items," said Sivasundaram.
Sivasundaram said a K-9 unit and the mounted police will be on standby to respond to any untoward incidents.
FAM competitions committee chairman Datuk Afandi Hamzah said tickets will go on sale simultaneously in Kuantan and Kota Baru tomorrow.
"We may have touts duplicating the original tickets and selling fake ones to fans. I hope fans will only purchase tickets from designated counters in Kuantan and Kota Baru," said Afandi.
The Kelantan FA will control the distribution of tickets to various supporters clubs, district division heads and bus operators.
"We will try our best to accommodate everyone including the public in the allocation of tickets. We have received many advance bookings.
"Bus operators need advance tickets but we will only entertain those registered with legitimate bodies," said its secretary Azman Ibrahim
FAM will distribute the allocated tickets to the respective FAs today.

Source : New Straits Times

EPL: Poyet gives Sunderland springboard

LONDON: Gus Poyet challenged Sunderland to build on their first Premier League win for six months as the manager savoured a derby victory over Newcastle United.
The Black Cats climbed off the bottom of the Premier League table by ending a 13-game wait for a three-point haul as they inflicted a 2-1 defeat on their north-east rivals thanks to a stunning late winner from substitute Fabio Borini.
After victory in his first home game in charge saw Sunderland leapfrog Crystal Palace, a delighted Poyet said: "I didn't like looking at the table before, but we're off the bottom now after beating our biggest rivals.
"It's a great feeling but now we need to keep that going and build on it," added the Uruguayan, who took over at the Stadium of Light after controversial former manager Paolo di Canio was sacked earlier this month.
"From now on there are no excuses. We needed a lift and there's no better lift than this result.
"I'm going to sleep very well tonight," said Poyet after Sunday's match. "I feel like I've played the whole 90 minutes. I've chased balls, and appealed for every decision.
"In fact, I was close to running to the corner to celebrate with the lads when Fabio scored, but I thought better of it in the end because I needed to get the message across to the players to concentrate."
Poyet now has 10 wins in 17 games against Newcastle as a player and a coach.
"I'm sure they're going to hate me even more now," the Uruguayan joked.
"I've gone back to basics since coming in. Sometimes if you think too much you can complicate things so we've talked to the players to search for solutions and to remind them how important they are."
Borini fired home a memorable winner with his first goal since joining from Liverpool on a season's loan during the summer.
Newcastle have an immediate chance to bounce back with the midweek League Cup tie at home to Manchester City, and manager Alan Pardew said: "We're left with a feeling of disappointment because having bossed the game for long periods to lose to such a late goal is hard to take.
"We didn't deserve to lose because after we equalised we looked the more likely to go on and win it."

Source : New Straits Times

Saturday, 26 October 2013

Banteras Rokok Seludup!!

Saya ingin berkongsi pandangan mengenai kegiatan rokok seludup di Malaysia. Tahukah anda bahawa setiap pembelian rokok seludup menyumbang kepada kumpulan kongsi gelap?
Ini didedahkan oleh penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim bahawa 50% daripada harga rokok seludup adalah keuntungan yang diperoleh oleh kumpulan kongsi gelap.
Saya mengandaikan bahawa harga sekotak rokok seludup ialah RM5. Jadi, RM2.50 adalah keuntungan yang diperoleh oleh kumpulan kongsi gelap untuk SEKOTAK ROKOK.

Persoalannya, berapa jumlah rokok seludup memasuki negara? Saya mengandaikan jumlah minimumnya ialah 1 JUTA KOTAK.
1 juta kotak rokok seludup darab RM2.50 (keuntungan per kotak) ialah RM 2.5 Juta.
(1,000,000 X RM2.50 = RM 2,500,000)

Jadi, pembeli rokok seludup telah menyumbang berjuta-juta sebulan kepada kumpulan kongsi gelap. Apa yang mereka buat dengan keuntungan tersebut?
Jawapannya ialah ia digunakan untuk membiayai kegiatan jenayah.
Sayangnya ramai yang tidak tahu rokok seludup adalah sebahagian daripada sindiket jenayah terancang secara global dan di Malaysia.

Jadi kalau anda selama ini menghisap rokok seludup, fikir-fikirkanlah balik mengenai tindakan anda. Sudahlah rokok seludup ini lebih berbahaya daripada segi kesihatan berbanding rokok sah, ia juga turut menyumbang kepada jenayah dan kejatuhan sosial masyarakat kita. Lagi banyak rokok seludup dijual, lagi tinggilah kadar jenayah yang akan berlaku di Malaysia. Adakah anda ingin menjadi salah seorang penyumbang kepada perkara ini?
FIKIR-FIKIRKANLAH...

-Amir Zakwan-

Friday, 25 October 2013

BAJET 2014 - TERAS KEDUA: MENGUKUH PENGURUSAN FISKAL

TERAS KEDUA: MENGUKUH PENGURUSAN FISKAL

Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST dan Bantuan Sokongan)

97. Kerajaan mendapati cukai jualan dan cukai perkhidmatan semasa, mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu seperti kesan cukai berganda ke atas pengguna, ketiadaan pelepasan cukai ke atas barang yang dieksport dan isu pindahan harga atau transfer pricing. Kelemahan ini akhirnya akan merugikan rakyat sebagai pengguna dan pihak Kerajaan.

98. Pada Bajet tahun 2013, Kerajaan telah membayangkan tentang usaha besar pengukuhan kedudukan fiskal negara. Malah sebelum itu, Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan telahpun dibacakan di dewan yang mulia ini. Sejak itu, pelbagai reaksi positif mahupun negatif dan pandangan telah kita terima.

99. Hakikatnya, Kerajaan telahpun mengambil tempoh beberapa tahun, yakni masa yang mencukupi untuk menjalankan kajian dengan teliti dan menyeluruh serta mengambil kira semua pandangan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk dewan perniagaan, pelabur, pakar ekonomi, ahli akademik, persatuan pengguna dan NGO.

100. Lantaran itu, berasaskan prinsip mendahulukan rakyat, Kerajaan dengan ini memutuskan supaya satu sistem percukaian menyeluruh dan saksama perlu segera dilaksanakan bagi memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia.

101. Sehubungan itu, Kerajaan mencadangkan cukai jualan dan cukai perkhidmatan atau Sales Tax and Services Tax dimansuhkan. Dua cukai yang dimansuhkan ini pula akan digantikan dengan satu cukai sahaja yang dikenali dengan nama Cukai Barang dan Perkhidmatan atau Goods and Services Tax atau GST. Ringkasnya, perlu saya tegaskan, bahawa GST bukanlah cukai tambahan baru.

102. Realitinya, kadar inflasi kini adalah pada tahap yang rendah di paras dua peratus. Kerajaan yakin, ini adalah masa yang terbaik untuk melaksanakan GST kerana kadar inflasi adalah minimum dan terkawal.

103. Dengan pelaksanaan GST, Kerajaan dapat menangani banyak kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada. Sebagai contoh, pada waktu ini, sekiranya kita membeli minuman berkarbonat di restoran, tanpa kita sedari, kita telah membayar dua kali cukai, yakni cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

104. Dalam bahasa mudahnya, untuk difahami oleh semua, dalam sistem GST ini, pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja. Realitinya juga, perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

105. Kerana itu, kita berasa amat kecewa, apabila, sesetengah pihak tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan mengelirukan orang ramai terhadap kefahaman GST. Mereka mengatakan apabila GST dilaksanakan, kononnya, semua harga barang akan melambung naik, dan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah akan menanggung beban.

106. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, lebih 160 buah negara di dunia telah pun melaksanakan GST. Ini menunjukkan bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang terbaik setakat ini dan terbukti berkesan. Sekiranya GST ini memudaratkan rakyat dan negara, masakan majoriti negara di dunia telah mengguna pakai sistem percukaian ini. Hampir kesemua negara maju telah lama melaksanakan GST atau VAT atau cukai nilai ditambah ini, malah negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Filipina, Laos dan Cambodia telah melaksanakannya. Malahan, negara-negara seperti Burkina Faso, Burundi, Zimbabwe, Rwanda dan Kenya pun telah melaksanakan GST.

107. Di pihak Kerajaan pula, perundangan GST, sistem pengkomputeran, latihan pegawai, kemudahan infrastruktur GST dan pelan komunikasi yang menyeluruh telahpun disediakan.

108. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, cadangan model GST yang akan dilaksanakan di Malaysia adalah seperti berikut:

Pertama: GST akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015, iaitu kira-kira 17 bulan dari sekarang. Kadar GST yang ditetapkan adalah hanya sebanyak enam peratus berbanding dengan kadar cukai jualan iaitu lima dan 10 peratus dan cukai perkhidmatan pada kadar enam peratus.

Kadar GST ini merupakan yang terendah dikalangan negara ASEAN di mana Indonesia, Vietnam, Cambodia, Filipina dan Laos mengenakan GST pada kadar 10 peratus dan Singapura serta Thailand pada kadar tujuh peratus;

Kedua: Tuan Yang di-Pertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, usahlah bimbang, janganlah risau, GST tidak akan dikenakan kepada barangan makanan asas antaranya beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempah ratus, ikan masin, cencalok, budu sekalipun belacan;

Ketiga: Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik tidak dikenakan GST;

Keempat: Perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah, tidak dikenakan GST;

Kelima: Perkhidmatan pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuhraya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan dari GST; dan

Keenam: Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih juga dikecualikan dari GST.

109. Apabila GST dilaksanakan kelak, Kerajaan akan memberi pelbagai bantuan sokongan semasa peringkat peralihannya seperti berikut:

Pertama: Bantuan tunai secara one-off sebanyak 300 ringgit kepada penerima isi rumah BR1M;

Kedua: Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan satu hingga tiga mata peratusan untuk semua pembayar cukai bagi menambah pendapatan boleh guna. Dengan pelaksanaan langkah ini, seramai 300 ribu orang yang kini membayar cukai pendapatan tidak lagi perlu membayar cukai. Umumnya, golongan berkeluarga yang berpendapatan empat ribu ringgit sebulan tidak lagi mempunyai tanggungan cukai. Pembayar cukai sedia ada yang lain juga akan menikmati penjimatan bayaran cukai; dan

Ketiga: Struktur cukai pendapatan individu akan disusun semula untuk menjadikan negara lebih kompetitif di samping mengekal dan menarik bakat serta tenaga mahir dalam negara. Bagi mempastikan struktur cukai lebih progresif, pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi 100 ribu ringgit kepada melebihi 400 ribu ringgit. Kadar cukai maksimum kini 26 peratus pula dikurangkan kepada 24, 24.5 dan 25 peratus.

Langkah-langkah tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2015.

110. Dalam aspek ini, supaya syarikat perniagaan melaksanakan GST dengan lancar, Kerajaan mencadangkan pakej tambahan seperti berikut:

Pertama: Kadar cukai pendapatan syarikat dikurangkan satu mata peratusan daripada 25 peratus kepada 24 peratus. Manakala kadar cukai pendapatan syarikat kecil dan sederhana dikurangkan satu mata peratusan daripada 20 peratus kepada 19 peratus. Langkah ini berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2016;

Kedua: Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan satu hingga dua mata peratusan mulai tahun taksiran 2015;

Ketiga: Yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai dibenarkan potongan cukai mulai tahun taksiran 2015;

Keempat: Kos pembelian peralatan dan perisian ICT diberi lanjutan Elaun Modal Dipercepatkan sehingga tahun taksiran 2016;

Kelima: Perbelanjaan latihan perakaunan dan ICT berkaitan GST bagi tahun taksiran 2014 dan 2015 diberi potongan cukai tambahan; dan

Keenam: Geran latihan sejumlah 100 juta ringgit kepada peniaga yang menghantar kakitangan, untuk menjalani latihan GST bagi tahun 2013 dan 2014. Di samping itu, bantuan kewangan sejumlah 150 juta ringgit disediakan kepada PKS bagi pembelian perisian perakaunan bagi tahun 2014 dan 2015.

111. Dengan pelbagai pakej istimewa yang disediakan ini, Kerajaan yakin, tiada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan sewenang-wenangnya. Harga barang akan sentiasa dipantau. Sebagai panduan kepada pengguna, Kerajaan akan menerbitkan risalah harga barang dan perkhidmatan yang boleh digunakan untuk membuat perbandingan harga.

112. Kepada pengguna pula, gunakanlah hak anda dalam membuat pilihan, berbelanja secara berhemah. Dalam hal ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan meningkatkan usaha penguatkuasaan melalui Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

113. Selain itu, bagi memastikan kelancaran pelaksanaan GST, satu Jawatankuasa Pemantauan GST akan ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua dengan dianggotai oleh agensi Kerajaan, wakil industri dan NGO.



~Copy & paste from official facebook of Prime Minister Malaysia~

Monday, 21 October 2013

Khabar dari KOREA SELATAN - Yoona juara artis berwajah asli

Saya bukanlah peminat fanatik artis-artis dari korea selatan. tapi saya juga mengikuti perkembangan semasa dari jauh sahaja...

Saya ada membaca berita mengenai artis dari anggota kumpulan Girls' Generation iaitu Yoona. Laporan akhbar menyatakan bahawa Yoona diangkat sebagai artis wanita yang berwajah cantik asli dan tidak memerlukan sebarang pembedahan kosmetik untuk lebih jelita.
 Saya memetik tinjauan yang dibuat di portal hiburan DC Inside, Yoona mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 1659 daripada 4005 undian, diikuti aktres Park Shin Hye (1253 undian) dan Sung Yuri (143 undian).

p/s : bagi saya tidak salah untuk menjadi peminat kepada mana-mana artis, tapi janganlah terlalu TAKSUB & FANATIK terhadap artis. jangan sampai semua yang artis buat, kita nak ikut. semua yang artis pakai kita nak pakai.
kita perlu ada jati diri sebagai seorang manusia yang berprinsip & berwawasan.


Jellyfish


saya sebenarnya sangat berminat mengkaji mengenai hidupan laut termasuklah obor-obor.
nama lain nya ialah 'jellyfish'. di manakah biasanya anda melihat hidupan unik ini?
saya yakin jawapan anda adalah dalam rancangan TV9 - Spongebob Squarepants.
obor-obor ini saya rakamkan ketika melawat Underwater World Langkawi.

Didik diri tepati masa - Siri 2

sambungan...

bagi diri saya, sebenarnya saya melihat kejayaan seseorang mengurus masa berkait dengan latar belakang pendidikan dan kerjaya seseorang.
Jarang saya melihat atau berhadapan dengan situasi di mana golongan profesional berhadapan dengan masalah mengurus masa.
tidak dinafikan memang ada segelintir daripada golongan profesional yang gagal mengurus masa.
tapi majoritinya berjaya dalam mengurus masa.

Saya ingin berkongsi sikap mantan Perdana Menteri Malaysia, YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad.
di sini bukan berkaitan politik, tapi dari sudut sikap positif yang perlu dicontohi.

saya bercerita kembali, ceritanya lebih kurang seperti dibawah..

ketika Dr. M & Tun Dr. Siti Hasmah meluangkan masa membeli belah, Tun Siti Hasmah bagi tau kpd Dr. M yang dia nak membeli di satu 'shop'. Maka Dr. M kata "okay, tapi jangan lama sngat, 10 minit je"
Dr. M pun tunggu di luar 'shop' tersebut.
Tun Siti Hasmah masuk ke dalam 'shop' tersebut & memilih barangan. 10 minit masa berlalu, Tun Siti Hasmah belum keluar lagi dari 'shop' tersebut. lalu Dr. M masuk dalam 'shop' tadi dan beliau tunjuk jam tangan sebagai isyarat masa dah lebih 10 minit.

di sini kita dapat lihat betapa hebatnya seorang Negarawan mengurus masa. sebab itu saya kaitkan kejayaan mengurus masa dengan latar belakang akademik & kerjaya.

orang yang berjaya mengurus masa kebisaannya adalah orang yang berjaya dalam akademik dan kerjaya.. itu hakikat buat masa ini.. 

AES (Automated Enforcement System)

Automated Enforcement System (AES) traffic summons paid before Sept 18 will be discussed at the Cabinet meeting next week.

Acting Transport Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein said the ministry is studying several options including returning half the amount paid by offenders.
 
"We have studied the consequences. If we want to reduce the rate, by how much and for which period. What about those who paid earlier?
 
"The people do not realise how difficult it canbe as it involves several ministries," he said after meeting with the AES Implementation Steering Committee, here today.
 
Also present were Director-General of Road Transport Department, Datuk Ismail Ahmad and Deputy Inspector General of Police, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin.
 
Hishammuddin had announced that the committee agreed to reduce the compound rate to a minimum RM150 starting Sept 18.
 
The rate depends on the period of payment of summons and the speed limit recorded by motorists with the maximum fixed at RM300.
 
The minister declined to reveal the other options until decided by the Cabinet but believed they will result in s 'win-win situation.'
 
"We have received a report from the Malaysian Institute for Road Safety Research (Miros) and is awaiting for a report from the police and two other agencies."

Didik diri tepati masa

saya ingin berkongsi sedikit pengalaman..
kebiasaannya apabila saya berjanji utk bertemu rakan / kawan, sy akan sampai dulu drp mereka.
sebagai contoh, kami berjanji nak jumpa pukul 9 pagi, jadi 5 @ 10 minit sebelum pukul 9 saya dah sampai. berbeza dgn kawan sy, pukul 9.15 baru nampak muka. saya tekankan di sini mengenai kepentingan menepati masa. bagi saya tiada alasan kenapa kita boleh lewat..

sebagai contoh, seorang akauntan datang lambat ke pejabat.. kenapa?
adakah kerana dia hantar anak ke sekolah?
adakah orang yang datang awal tiada anak?
adakah disebabkan jalan sesak?
ATAU
yang sebenarnya adalah SIKAP / ATTITUDE kita..
kalau sejak kecil, kita didik diri kita sentiasa datang awal ke mana sahaja, maka tiada masalah untuk kita menepati masa..